Kerjaya Khairul Fahmi Che Mat

Pasukan Piala Presiden Kelantan

Khairul Fahmi mula bermain untuk pasukan Kelantan untuk Piala Presiden pada 2006. Beliau merupakan penjaga gol utama dan Berjaya membantu pasukan ke pusingan akhir namun tewas dalam penentuan sepakan penalti 4-5 kepada pasukan Perak.[perlu rujukan]

Harimau Muda

Khairul Fahmi menyertai pasukan Harimau Muda bagi Liga Perdana musim 2008 bersama Ahmad Fakri Saarani.[perlu rujukan]

Pasukan Belia PSV Eindhoven (Percubaan)

Aksi Khairul Fahmi berjaya menarik minat kelab Belanda, PSV Eindhoven dan beliau telah pergi untuk beberapa minggu bagi menyertai sesi percubaan untuk pasukan bawah 19 dan 23 tahun. Turut menyertai ialah rakan sepasukan, Mohd Asraruddin Putra Omar, selepas mereka mempamerkan aksi cemerlang dalam Champions Youth Cup 2007.[perlu rujukan]

Menyertai Kelantan

Beliau meninggalkan pasukan Harimau Muda untuk menyertai Kelantan F.A pada Oktober 2008. Beliau bertindak sebagai penjaga gol ketiga di belakang Halim Napi dan Shahrizan Ismail.Pada 2009, Syed Adney dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penjaga gol veteran, Halim Napi. Namun aksi goyah dan kesilapan mudah Syed Adney ketika bertemu Kedah dalam kempen Liga Super menyebabkan Kelantan tewas 0-1. Apek diberi peluang dan disenaraikan sebagai penjaga gol utama bagi menentang T-Team dalam perlawanan Liga Super yang mana membolehkan beliau merampas kedudukan sebagai penjaga gawang utama pasukan Kelantan. Beliau Berjaya membantu pasukan menjadi naib juara selain mengekalkan rekod tanpa kalah 22 perlawanan. Kecemerlangan Apek meyakinkan Ketua jurulatih Kelantan, B. B. Sathianathan untuk terus memberi kepercayaan kepadanya untuk mengemudi gawang gol. Pasukan Kelantan tewas 0-1 kepada N.Sembilan pada aksi pembukaan kumpulan dalam Piala Malaysia. Pasukan Kelantan bangkit untuk melayakan diri ke suku akhir dan menewaskan Selangor 3-0 secara aggregat. Di peringkat separuh akhir, pertemuan dengan kedah dianggap penting kerana selain daripada objektif utama untuk layak ke final, ia juga bagi menebus maruah kerana kedah merupakan satu-satunya pasukan yang menewakan Kelantan dalam saingan Liga Super selain menyingkirkan mereka daripada Piala F.A. Pada aksi pertama di Stadium Darul Aman, Apek berjaya mempertahankan gawang gol daripada dibolosi yang mana perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan. Pertemuan kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, pasukan Kelantan menang 1-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan. Pada perlawanan akhir, pasukan Kelantan bertemu sekali lagi dengan N. Sembilan yang mana mereka ketinggalan pada minit ke-18, hasil jaringan sepakan penalti Shahurain Abu Samah. Kelantan bangkit dengan dua jaringan oleh Hairuddin Omar dan Mohd Badri Mohd Radzi sekaligus membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Pada 02 November 2010, beliau menerima anugerah Penjaga gol terbaik dan Pemain muda terbaik bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2010. Beliau turut disenaraikan oleh Jurulatih, K. Rajagopal untuk menyertai pasukan Malaysia bagi mengharungi Piala AFF Suzuki 2010.[perlu rujukan]

Permulaan yang baik bagi Apek bersama pasukan Kelantan untuk musim 2011 apabila berjaya merangkul Piala Sumbangsih/Piala Sultan Haji Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0. Di dalam pusingan pertama kempen Liga Super, Kelantan tewas 3 kali dengan jumlah bolos yang agak besar. Namun bangkit di pusingan kedua dengan persembahan yang kosisten, sekali gus membolehkan Apek dan pasukan Kelantan menjulang Kejuaraan Liga Super buat kali pertama. Saingan Piala F.A pula, nasib tidak begitu menyebelahi pasukannya apabila tewas kepada Terengganu pada masa tambahan. Kelantan yang mendahului pada minit ke-79, hasil jaringan Azwan Roya dilihat bersedia untuk menjulang trofi tersebut sebelum dinafikan oleh jaringan sendiri oleh Daudsu pada minit ke-98 sekaligus mengheret perlawan ke masa tambahan. Harapan Kelantan akhirnya dimusnahkan oleh jaringan Nordin Alias pada minit ke-110. Misi merpertahankan Piala Malaysia juga lebur apabila Terengganu sekali menjadi penghalang dengan menewaskan pasukannya secara agregat di peringkat suku akhir. Beliau sekali lagi diiktiraf sebagai penjaga gol terbaik di Malaysia apabila merangkul anugerah penjaga gol terbaik untuk kali kedua bagi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100plus/FAM 2011 dengan menewaskan Mohd Sharbinee Allawee Ramli dan Mohd Farizal Marlias.[perlu rujukan]

Musim 2012 menyaksikan dominasi Kelantan berterusan. Memegang status juara Liga Super 2011, Apek bersama pasukan Kelantan turun bertemu pasukan N. Sembilan bagi mempertahankan Piala Sumbangsih. Pasukannya tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut. Kempen Liga Super menyaksikan gawang yang dikawal Apek hanya bolos 16 kali dan clean sheet 13 kali. Apek menjulang Liga Super kali kedua berturut-turut bersama Kelantan pada musim tersebut. Dominasi Kelantan berterusan apabila pasukanya mengenetepikan cabaran Sarawak, Kuala Lumpur, SPA F.C dan kedah untuk bertemu Sime Darby di peringkat akhir dalam saingan Piala F.A. Perlawanan yang berlangsung pada 19 Mei 2012 itu menyaksikan jaringan gol tunggal Mohammed Ghaddar sudah cukup untuk menebus kekecewaan musim lepas bagi menjulang Piala F.A.[perlu rujukan]

Rujukan

WikiPedia: Khairul Fahmi Che Mat http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... http://www.infoharian.com/foto-kahwin-khairul-fahm... http://www.malaysiansuperleague.com/team_info.asp?... http://www.hmetro.com.my/articles/KhairulFahmidapa... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Piyapali... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/hari... http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga... http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga... http://www.sinarharian.com.my/personaliti/fenomena...